Monday, December 28, 2015

Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum...

Lamanya rasa tak update diari ku ini. Hari nie rasa nak berkongsi tentang perhubungan jarak jauh.

Actually kenal dengan husband dari chatting, dia dekat sandakan n aku kat gombak kl, heeeeee.

so memamg start dari kenal sampai sekarang la kami berhubung jarak jauh.

Time couple tak terasa sangat  rindu rinduan nie.

tapi bila dah kahwin nie terasa la juga. Tapi dengan kata kata semangat yang die berikan, kuat jugak la.. So dapatla sesuai kan diri macam time-time couple dulu.

Dugaan yang paling berat adalah nak berdepan dengan orang sekeliling kita.

Serius aku tak kuat. awal-awal dulu selalu juga la berendam air mata setiap malam.

Iyelaaa kite punya berusaha nak kuatkan diri kita yang berjauhan nie kan.

Tapi bila masuk office macam-macam soalan n kata-kata yang kekadang kita x mampu nak dengar.

"sian sue husband jauh"
"balik awal-awal bukan husband ade pun kat rumah"
"so raya pertama sorang-sorang la nie"
"sian tak dapat masak untuk husband"
dan macam-macam lagi and kalau boleh tak nak ingat da.

Mungkin dorang sebenarnya nak ambil berat tentang kita.

Tapi penerimaan tuan punya badan memang lain, tuan punya badan rasa sangat la sedih.

siapa yang tak sedih bila berjauhan dengan husband kan..
siapa yang tak nak beraya dengan husband. raya pertama pula tu kan.
siapa yang tak nak layan husband.masak untuk husband.basuh kain n jemur kain untuk husband kan.
semua orang nak...tapi masanya belum tiba lagi kan.

Tuan punya badan punya la berusaha nak sorok kan rasa sedih die bile berhadapan dengan orang sekeliling. Tapi bila jumpa orang-orang yang tak sensitive dengan keadaan tuan punya badan, terasa terhiris-hiris hati dan hempedunya.

Yang paling sedih bila orang yang kita rasa faham situasi kita tapi die pula yang paling seronok membahan kita. Serius sedih.!

and now almost 10 months berkahwin, maka keluarla soalan-soalan mengenai anak pula.

Serius nie lagi menguji perasaan.

"Eh sue kahwin bulan berapa aritu, adik abang kahwin lepas sue da mengandung da."

Aduhhh please la. kekadang tah faham dengan orang-orang sebegini. macam la kalau kita nak anak, bole ade anak tu automatik dalam perut kita nie.

Tak tahu ke yang anak tu rezeki.

Ada rezeki anak tu adalah kan.

Tapi mereka memang tak sensitve and tak akan faham.

Berat dugaan perkahwinan jarak jauh nie bila berhadapan dengan orang sekeliling yang mentality nya begini.

Sesungguhnya Allah lebih tahu masa dan waktu yang sesuai.

kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik sahaja

Hanya perkongsian yang dapat dikongsi didalam blog.

Nak kongsi kat facebook and instagram ramai pula yang sentap nanti.

weeeeeee..

Okehh itu sahaja untuk kali ini.


No comments:

Post a Comment