Tuesday, February 26, 2013

TriffLe

Halluuuuuu

Hari ini aku tak berapa nak busy so boleh lah nak share recipe triffle yang aku buat hari tu. Alhamdulillah ramai juga yang puji triffle ku sOdap walupun rupa parasnya tak berapa nak menawan kan.heheee. So guys, lets sharing..

Triffle


Bahan-Bahanya

2 kotak jelly nona (strawberry flavor)
800ml air
1 bekas nata de coco
1 tin buah-buahan campuran
3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu ideal
3 sudu kecil gula
Kek gulung


Cara-cara membuatnya

1) Firstly kita buat 1st layer dulu iaitu jelly, panas kan jelly nona bersama 800mlm air dalam masa 15minit. if nampak serbuk-serbuk tu lagi kena panaskan sampai dia hilang. Then masukkan dalam bekas and sejukkan 15minit dibawah kipas and kemudian boleh simpan dalam peti ais *tapi bukan dibahagian sejuk beku taw.*

2) For 2nd layer, potong kek gulung dan susun diatas jelly yang sudah keras.

3) Then, didalam bekas yang berlainan, campurkan buah-buahan campuran and nata de coco. Asingkan air nata de coco di bekas yang lain, sebab air tu kita akan guna untuk bancuh kastard.

4) Masukkan buah-buahan campuran kedalam bekas jelly tadi. Now kita da ada 3 layer and the final step is castard.

5) For castard, didalam bekas yang lain, masukkan tepung kastard and sedikit air(*lagi bagus guna air nata de coco tadi sebab dia manis*) and kacau hingga sebati.

6) Panaskan periuk or kuali, masuk kan gula and kita caramel kan die, then masukkan susu ideal, die akak berketul tapi jangan risau, kacau sehingga gula tu x berketul da.

7) Then masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air tadi, masukkan sedikit demi sedikit then kacau sehingga die pekat dan likat, 

*amaran jangan masuk kan bancuhan kastard sekaligus, sebab dia akan berketul.

8) Rasa kastard tu memang sodap, terpulang kepada korang sama ada nak buat pekat or cair.

9) Then boleh la tuang ke dalam bekas yang kita da susun nata de coco tu. Then cejukkan.


Ciap!!..


Thursday, February 21, 2013

Potluck

Potluck!!

Gendang gendut tali kecapi
kenyang perut
haii senangnya hati.

heheeeee...~~~

Alhamdulillah rezeki hari ini dapat mkn free, kan best kalau dapat buat setiap hari, save duit aku, heheeee. **bak kata pepatah da bagi betis nak paha kan**

For potluck kali nie aku bawa triffle, buat sendiri taw, bangga sekejap atas usaha sendiri, heheeee.

Triffle

Then ada juga bawa juadah yang lain, seperti mee goreng, laksa, spaghetti and macam-macam lagi la. For me aktiviti macam ni memang patut dijadikan contoh, because dapat mengeratkan hubungan diantara satu sama lain, tak kirala bos or staff biasa-biasa macam aku ni.
Memang have fun la.

Jom kita cuci mata dengan gambar-gambar pagi tadi

Sesungguhnya bergambar itu adalah wajib..wink~~~



 Ni gambar lepas setup meja

 With chi-mey *tuan punya camera* hehee

okiee muka kekenyangan, sangat boolat ye.

Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia juga berhak mengambilnya semula bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang kita miliki pada hari ini.


~sekian~









Friday, February 15, 2013

Jumaat Yang Indah

~Assalamualaikum~

Hari yang ku tunggu-tunggu akhirnya sudah tiba, yeayyhhhhhh esok cuti...*tiba-tiba kan..
Walaupun dah bekerja dekat UIA nie hampir setahun, tapi rumah ku tetap lagi best.heheee..
Bukan nak cakap keja nie tak best tapi my passion kerja kat lab actually. Malang sekali rezeki ku bukan disitu. So kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini, kan.

Masa practical kat Institute for Medical Research

 Tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan. Sesungguhnya semua ini telah ditentukan oleh-Nya. Mungkin ini yang terbaik untukku.
Tapi aku akan terus berusaha untuk mendapat kerja yang ku impikan itu.
Usaha kan tangga Kejayaan.
Tanpa usaha kita tak ke mana.
InsyaAllah


Disinila aku sekarang


Done for today

Thanks for reading





Thursday, February 14, 2013

Bridge Treatment

..Hye2..

Uolls pernah dengar tak pasal bridge treatment.? actually before this aku pun tak pernah dengar. Alkisahnya semalam aku ade appoinment kat klinik pergigian cahaya suria,(klinik nie memang best, korang semua patut pergi). Mula-mula doctor tu cakap gigi ku ini boleh diselamatkan, after dia buka tampalan sebelum nie, dia cakap da x boleh diselamat kan pulak..Time tu serius da cuak gila, sebab kalau tak boleh diselamatkan maksudnya aku kena buat rawatan salur akar. And memang tepat, kena buat rawatan salur akar. sedey**


Root Canal Therapy


Rawatan pun bermula, mula-mula aku still boleh bertahan tapi tak lama, bila doctor tu inject something, i'm not sure either bius or what, kesakitan dia memang tak dapat ku tahan, air mata ku pun meleleh tanpa henti, tapi perjalana mesti diteruskan, kan.hik3..

Then doctor suruh buka mata and dia cakap jangan tutup mulut sebab ade jarum di gigi ku yang sakit tu, and dia suruh bangun and berpindah ke bilik x-ray. Tak dapat kubayangkan, jarum kat gigi, biasanya kalau tercucuk tulang pun da sakit, nie jarum,huhh..

Then, masa kat bilik x-ray tu, dia masukkan film ke dalam mulut ku. can you imagine, mulut da terngangaa hampir sejam,then die masukkan bende besar lam mulut, memang terasa nak muntah la kan. Then doctor tu terpaksa cabut jarum tu and dalam masa yang singkat die terus amek gambar gigi ku itu.

Setelah menjadi model gigi dalam masa 5 minit, aku pun masuk bilik rawatan tu balik. and doctor pun memulakan kerja menggerudi gigi ku. and setelah selesai segalanya, die pun start bercerita mengenai gigi ku ini.

Awak ada 3 pilihan, either nak terus kan step ke 2 untuk rawatan salur akar or nak cabut gigi nie, sebab gigi awak yang sakit nie da senget n da landing ke gigi sebelah kiri, and terdapat 1 lubang dibawah gigi tersebut yang boleh menyebabkan karies gigi. Even buat salur akar pun, in future kena cabut juga. For 2nd choice is cabut, aku tak kahwin lagi kot, tak kan muda-muda da rongak kan. Then pilihan ke 3 adalah bridge treatment. Apa ke bende tu kan, doctor cakap gigi yang sakit tu akan dicabut and gigi yang sebelah kiri and kanan akan dipotong and dicantumkan dan diletakkan ditengah. Tak dapat ku nak bayang kan, ape rupanya nanti.

Bridge treatment

So I choose bridge treatment.huhuuu...and the appoinmnt will be on April 2013. 

Hopefully x sesakit semalam.

That's all for today

~Thank you for reading~

Wednesday, February 6, 2013

Suriati Jasman

..Assalamualaikum..

Finally I have my own blog.yeayhhh...

Usually suka baca blog orang lain je, mungkin da sampai seru kot, maka terciptala "cOlours of LifE".

Kat sini aku akan share semua kisah pahit manis sepanjang hidup ku ini.

and my focus ofcos la untuk kawan2 terdekat, my family and untuk kawan2 yang baru nak mngenali diri ku ini..

The owner


Thanx for reading...