Monday, December 28, 2015

Solemnization Nuzul & Sue

Assalamualaikum...

Okeh hari nie nak story morry tentang majlis pernikahan bulan Feb 2015 hari tu. Dah masuk tahun baru, baru nak update kan.

Majlis pernikahan kami dilangsungkan pada 20th Februari 2015, hari jumaat selepas solat jumaat. dan bertempat dirumah sahaja.weeeee..

Sue nak share pakej2 yang sue ambil for my wedding.

(1)
Pelamin nikah dan Sanding + Baju nikah dan sandung (L+P) + Make up nikah dan Sanding

Azie dTouch Wedding

Comment :

** Pelamin nikah sangat sweet dan cantik dan agak berpuas hati, just tirai putih yang belakang tu x berapa nak berkenan, sebab x memenuhi dinding belakang, yang lain mmg superb. 

**For make up memang sgt berpuas hati, juz color lipstik for reception je x suke, ade ke mua gi ltk color purple mcm tu, terus muke jadi garang, nak senyum pun rasa lain macam, masa tu rasa nak lap dengan tisu je, tapi bile memikirkan perasaan mua tu, dah berpenat lelah make up kite kn, pejam mate jela, mungkin die rasa sesuai dengan color baju mase tu. huhuuuuu.
But now, i dah redha da.
heheheeee

Nasihat  untuk b2b better discuss betul2 dengan boutique before event. Sebab selagi bole kite nak majlis kite perfect kan

Pakej dr Azie dtouch wedding memang terbaik and highly recommended.
and owner die memang baik gile



(2)
Kad Jemputan

Kad Kahwin Grafika

** Yang nie memang suke sangat, and service dorang memang tiptop.
Kad yang sangat sweet exactly macam yang diangan-angankan selama ini.



(3)
Catering & DJ

Sri Angsana Caterer

Makanan memang terbaik, sedap-sedap sangat.
Tapi before event korang kena makesure bile time dorang kena kemas.
Masa reception aritu, kitorang terlambat sanding.
nak dekat pukul3 rasanya,
so memang agak kelam kabut sikit masa tu, tapi benda da nak jadi kan.huk3.
tp yang sedihnye pukul4, caterer da cakap nak kemas, mase tu ramai lagi orang,
then minta dorang extend sampai kol4.30.
Sharp 4.30 dorang da kemas meja semua, sedih gile mase tu.
Tapi alhamdulillah kitorang ade amek extra khemah dari vendor lain, so memang gune khemah tu jela.

For b2b yang nak ambil pakej dari Sri Angsana, kena disscuss betul2 before decide nak ambil,
sebab banyak juga benda extra nak kena tambah, contoh nye kerusi makan pengantin, backdrop belakang meja beradab. so discuss betul2 kehh.

(4)
Photographer
Ministry of Moment

Photographer yang incharge masa nie name die Faizal, and die sangat la baik and bole bertolak ansur.
heheheeee
Nie pun terbaik, highly recommended. 

(5)
Door Gift
DIY

(6)
Hantaran
DIY

(7)
Henna
Dekat Plaza Idaman Gombak Sahaja



Okehh itu antara pakej2 yang aku amek, Overall semua oke and alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

Jom kite layan gambar jap.



 Hantaran semua buat sendiri je, memang seronok buat sendiri and paling penting sangat lah jimat.

Henna RM10 untuk sebelah tangan.

Akak yang mekap untuk nikah nie memang terbaik, soft je. i likeeeee
gambar bawah tu my abah and raif anaqie yang comeyh.heeeeeee.

Ini hantaran yang aku buat untuk belah lelaki.
Actually dua-dua belah aku buat, senang xyah dorang nak bawa jauh2 dari terengganu kan
tap untuk sireh junjung family belah nuzul yang buat kan,
aku memang failed bab sireh junjung.
heeeee

yang cantik manis nie adik adikku sayanggg

Rombongan lelaki dah sampai da.

Dup dap dup dap




Alhamdulillah selamat da.

































Okehhh abih da untuk kali ini

(",)o







Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum...

Lamanya rasa tak update diari ku ini. Hari nie rasa nak berkongsi tentang perhubungan jarak jauh.

Actually kenal dengan husband dari chatting, dia dekat sandakan n aku kat gombak kl, heeeeee.

so memamg start dari kenal sampai sekarang la kami berhubung jarak jauh.

Time couple tak terasa sangat  rindu rinduan nie.

tapi bila dah kahwin nie terasa la juga. Tapi dengan kata kata semangat yang die berikan, kuat jugak la.. So dapatla sesuai kan diri macam time-time couple dulu.

Dugaan yang paling berat adalah nak berdepan dengan orang sekeliling kita.

Serius aku tak kuat. awal-awal dulu selalu juga la berendam air mata setiap malam.

Iyelaaa kite punya berusaha nak kuatkan diri kita yang berjauhan nie kan.

Tapi bila masuk office macam-macam soalan n kata-kata yang kekadang kita x mampu nak dengar.

"sian sue husband jauh"
"balik awal-awal bukan husband ade pun kat rumah"
"so raya pertama sorang-sorang la nie"
"sian tak dapat masak untuk husband"
dan macam-macam lagi and kalau boleh tak nak ingat da.

Mungkin dorang sebenarnya nak ambil berat tentang kita.

Tapi penerimaan tuan punya badan memang lain, tuan punya badan rasa sangat la sedih.

siapa yang tak sedih bila berjauhan dengan husband kan..
siapa yang tak nak beraya dengan husband. raya pertama pula tu kan.
siapa yang tak nak layan husband.masak untuk husband.basuh kain n jemur kain untuk husband kan.
semua orang nak...tapi masanya belum tiba lagi kan.

Tuan punya badan punya la berusaha nak sorok kan rasa sedih die bile berhadapan dengan orang sekeliling. Tapi bila jumpa orang-orang yang tak sensitive dengan keadaan tuan punya badan, terasa terhiris-hiris hati dan hempedunya.

Yang paling sedih bila orang yang kita rasa faham situasi kita tapi die pula yang paling seronok membahan kita. Serius sedih.!

and now almost 10 months berkahwin, maka keluarla soalan-soalan mengenai anak pula.

Serius nie lagi menguji perasaan.

"Eh sue kahwin bulan berapa aritu, adik abang kahwin lepas sue da mengandung da."

Aduhhh please la. kekadang tah faham dengan orang-orang sebegini. macam la kalau kita nak anak, bole ade anak tu automatik dalam perut kita nie.

Tak tahu ke yang anak tu rezeki.

Ada rezeki anak tu adalah kan.

Tapi mereka memang tak sensitve and tak akan faham.

Berat dugaan perkahwinan jarak jauh nie bila berhadapan dengan orang sekeliling yang mentality nya begini.

Sesungguhnya Allah lebih tahu masa dan waktu yang sesuai.

kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik sahaja

Hanya perkongsian yang dapat dikongsi didalam blog.

Nak kongsi kat facebook and instagram ramai pula yang sentap nanti.

weeeeeee..

Okehh itu sahaja untuk kali ini.